Translate

Khamis, 31 Mei 2012

Kita sebagai seorang muslim, memang wajib menjaga kebersihan. Ini ditegaskan lagi dengan setiap kali sebelum solat , kita membasuh setiap anggota badan dengan niat menghilangkan hadas kecil. Tetapi adakah di negara-negara Islam, bilik-bilik air mereka menjadi rujukan dunia? Kita sering melihat di negara matahari terbit tandas dan bilik air mereka bersih seperti baru beli. Jadi jadikan ini suatu pengajaran dan persaingan agar kita turut mengambil ilmu daripada mereka.